Friday, 22 March 2013

Cabang Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang,iaitu metafizik,aksiologi,epistemologi,dan logik.
Cabang falsafah sangat penting untuk menganalisis falsafah pendidikan kebangsaan.
1) Metafizik
-Metafizik ialah cabang falsafah yang bersifat realiti.
 Mengikut kamus,metafizik adalah persoalan-persoalan yang jauh melampaui hal fizikal yang boleh di rujuk  
 kepada siasatan sainstifik.
-Metafizik bersifat spekulatif dan fokus pada sesuatu isu seperti hubungan sebab dan akibat.
-Metafizik juga bersifat menyeluruh dan bersepadu.

2) Aksiologi
-Aksiologi merupakan cabang falsafah yang berkait dengan nilai seperti etika dan agama.
 Wujudnya unsur kepercayaan kepada Tuhan. Berperanan dalam mengajar tentang agama.
-Perkataan aksiologi berasal dari perkataan Yunani yang membawa maksud "nilai".
 Menerangkan tentang peranan nilai moral,etika dan sahsiah dalam sesuatu pengajaran.
-Merangkumi pelbagai topik tentang moral,etika dan estetika dalam falsafah.

3) Epistemologi
-Epistemologi berkaitan dengan sifat semula jadi ilmu.
-Menunjukkan tentang usaha yang sentiasa berterusan.Ilmu sentiasa berubah.
 Tiada ilmu yang mutlak. Semakin banyak yang kita belajar maka semakin bertambah ilmu.
-Epistemologi juiga merupakan jawapan kepada persoalan yang perlu rasional untuk mememilih
 bahan yang layak untuk diajarkan serta dipelajari lalu dicadangkan cara maklumat harus diajar.

4) Logik
-Logik ialah sains tentang pemikiran yang tepat dan berkait dengan hubungan antara idea dengan persedur
 di gunakan untuk membezakan pemikiran sama ada sah atau mengelirukan.
-Logik membantu untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik.
-Terdapat dua jenis logik iaitu :- a) Logik deduktif
                                              b) Logik induktif

No comments:

Post a Comment