Analisis FPK yang merujuk kepada elemen-elemen yang terkandung pula adalah:-
Elemen-elemen FPK
|
Implikasi
|
Pendidikan suatu usaha berterusan
|
§ Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni,
§ Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat,
§ Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun,
§ Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan,
§ Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka,
§ Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.
|
Perkembangan potensi individu
|
§ Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat dan potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam,
§ Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling,
§ Pendidikan seharusny memberi peluang individu unbtuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka.
|
Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu
|
§ Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain,
§ Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.
|
Insan yang seimbang dan harmonis
|
§ Amat penting bagi individu memiliki ilmu(intelek), sahsiah yang baik(emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik(jasmani)
§ Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain,
§ Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.
|
Unsur intelek
|
§ Mempunyai kemahiran asa 3M: membaca, menulis dan mengira,
§ Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar,
§ Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif,
§ Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran(menyebarluaskan ilmu)
|
Unsur rohani
|
§ Menyedari dan percaya kepada Tuhan,
§ Bersyukur dengan pemberian Tuhan,
§ Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.
|
Unsur emosi
|
§ Mempunyai emosi yang matang dan stabil,
§ Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang,
§ Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.
|
Unsur jasmani
|
§ Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal,
§ Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial,
§ Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.
|
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
|
§ Mengakui tentang kewujudan Tuhan,
§ Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam,
§ Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan,
§ Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya,
§ Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti
|
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
|
§ Cintai ilmu pengetahuan
§ Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca,
§ Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka
|
Rakyat Malaysia yang berketerampilan
|
§ Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri,
§ Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan semprna,
§ Berpandangan jaun dan berinisiatif,
§ Memupuk pembawaan diri yang baik
|
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
|
§ Mempunyai perwatakan diri yang baik,
§ Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.
|
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
|
§ Boleh dipercayai
§ Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik
§ Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap,
§ Mematuhi peraturan dan undang-undang negara,
§ Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyrakat, agama, bangsa dan negara.
|
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
|
§ Berfikiran waras dan berjiwa tenang,
§ Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
|
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyrakat dan negara
|
§ Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya,
§ Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan,
§ Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara,
§ Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara,
§ Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.
|
Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
|
§ Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi,
§ Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup
|
Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
|
§ Menjadikan Rukunegara sebagai amalan hidup,
§ Memupuk kesefahaman keluarga,
§ Mematuhi norma masyarakat,
§ Cintakan negara.
|
No comments:
Post a Comment