Tuesday, 28 May 2013

LABU SAYONG

CARA MEMBUAT LABU SAYONG

PENGENALAN LABU SAYONG
Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman-berzaman dan kini perusahaannya masih hidup di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia . Seni tembikar ialah hasil seni kraftangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang sungguh berseni dan unik. Tembikar yang di bakar didalam tanur adalah lebih kuat dan kalis air.
Tembikar yang dikenali dengan nama Labu Sayong adalah berwarna hitam dan banyak terdapat di Sayong , daerah Kuala Kangsar Perak. Mengikut sejarah Labu Sayong pada masa dahulu, wujudnya labu hitam ini daripada sebuah labu tua yang di keluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air.
Pada masa dahulu, labu hitam merupakan peralatan penting untuk menjadi tempat simpanan air terutama di majlis-majlis kenduri. Keistimewaan labu hitam ini adalah air menjadi sejuk dan dipercayai boleh menjadi penawar beberapa penyakit seperti batuk dan demam panas. Ai juga menjadi bekas air mawar semasa menziarahi tanah perkuburan.
Labu Sayong menekankan sifat semulajadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni.Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahannya, berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu.

Peralatan yang digunakan dalam membuat Labu Sayong.
Antara peralatan yang digunakan untuk membuat labu sayong adalah penepek , sudip , pengukir , batu lucu,licin , dan pinggan ayan/piring capah. Penepek merupakan sebatang kayu yang digunakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah agar menjadi bentuk yang kita inginkan. Sudip pula merupakan sebatang buluh nipis dan runcing digunakan untuk mengerat lebihan tanah. Pengukir merupakan sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua-dua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasan pada labu tersebut. Permukaan labu di licinkan dengan menggunakan batu lucu/licin manakala pinggan ayan/ piring capah digunakan sebagai roda pemutar semasa proses menghasilkan tembikar.


CARA MEMBUAT LABU SAYONG

Aliran kerja membentuk sebiji labu sayong dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu sayong bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.
Proses menyediakan tanah ini adalah proses pertama untuk membuat labu sayong. Tanah yang dipilih kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu tanah diayak dan ditapis untuk mengasingkan sampah dan batu-batu kecil yang terdapat dalam tanah tersebut. Selepas tanah tersebut bersih maka proses menguli tanah dilakukan supaya tanah menjadi padat dan bebas daripada gelembong udara. Proses menguli tanah ini perlukan ketelitian. Tanah tersebut dibentuk menjadi silinder supaya memudahkan proses berikutnya.
Proses seterusnya adalah membentuk tanah. Proses membentuk adalah sangat tersangat penting dalam menghasilkan labu sayong kerana teknik ini yang akan menetukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam membentuk permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah yang berbentuk selinder akan dilingkarkan agar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.
Lingkaran tanah yang bulat akan dipicit sambil memusingkan pinggan. Proses picitan ini bertujuan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan rata dan licin. Penepek digunakan untuk memanpatkan badan labu. Selepas badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantumkan bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper digunakan untuk menjadi bahagian tapak labu.
Apabila labu sudah pun siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap dengan menggunakan batu luru. Labu kemudiaanya dibiarkan kering selama tiga jam sebelum dihiaskan dengan motif. Motif ukiran labu dihasilkan dengan menekan hujung kayu yang berukir pada permukaan labu yang masih lembut. Setelah labu tersebut diukir, ianya dikeringkan sekali lagi sebelum dibakar.
Proses membakar terbahagi kepada tiga iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Ianya disalai dengan asap terlebih dahulu sebelum dibakar. Labu tersebut disalai di atas bara buluh dan pelepah kelapa. Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan kerana apinya tidak cepat merebak dan tidak cepat memakan bahan. Labu tidak pula diletakkan terlalu rendah dan bahang api tidak terlalu panas. Keadaan demikian mengelakkan labu daripada retak atau meletup kerana kandungan air masih ada. Proses pembakaran mengambil masa selama 6 jam.
Untuk  menghitamkan  labu,  labu  yang  masih  panas  ditimbus  dengan  sekam  padi  selama  lebih kurang 10 minit.  Kemudian  tapak  labu  disapu  dengan damar untuk menghalang air dari meresap keluar. Kemudian tersedialah labu yang sudah dibentuk. Labu yang dihasilkan adalah bewarna hitam dan kemerah-merahan. Warna ini terjadi bukanlah disebabkan oleh cat atau pewarna yang lain tetapi disebabkan oleh proses pembakaran dan juga sekam padi yang ditimbus keatas labu yang telah menjalani proses pembakaran. Labu tersebut dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan.


RUJUKAN
Siti Zainon Ismail. 1986. Rekabentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Fauzi Mohd Noor. 2009. Labu Hitam Sayong dan Seramik Maju : pemangkin kelestarian kehidupan masyarakat.
Zainul Abidin Hassan & Azmi Zakaria. 1988. The cooling of water in a Malaysian earthen water jug : Kuala Lumpur
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia . 1994 . Labu Sayong.
http://www.scribd.com/doc/38995277/Folio-Seni-tembikar

Saturday, 20 April 2013


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEKOLAH RENDAH (TAHUN 4)
DISEDIAKAN OLEH : NUR FARHANA BINTI DZULHAIMI
                                 ( JEC 120015 )
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL

KELAS : Tahun 4

MASA : 10:00 am – 10:50 am (50minit)

BILANGAN MURID : 32 orang
BIDANG : Membentuk dan membuat binaan

AKTIVITI :
Menghasilkan kipas tangan

KEMAHIRAN : Melipat dan menggam

TAJUK :
Kipas Tangan
OBJEKTIF P&P : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat :
                            1) menghasilkan kipas tangan kertas yamg menarik dan kemas
                            2) mengetahui teknik yang boleh di gunakan
                            3) menguasai kemahiran yang di terapkan dengan teliti
                            4) menghargai hasil kreativiti sendiri.
KEPERLUAN : Kertas Warna, Kertas ‘monting board’, Gam , Riben, double tape.
,
                        
gunting, LCD,Laptop dan Speaker .
                         

LANGKAH:      1) Guru membuat perancangan pembelajaran sebelum proses pembelajaran.
                         2) Guru membuat deskriptif seperti memberikan pembayang awal kepada
                              murid-mirid tentang apa yang bakal mereka lakukan pada hari tersebut.
                         3) Guru menyampaikan isi pembelajaran kepada murid dengan tanyangan
                         4) Guru memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid tentang proses
                             membuat kipas tangan.
                         5) Guru membuat latihan serta penilaian terhadap hasil kerja murid.

BUTIRAN / MASA
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Langkah 1 : pertunjukkan vedio ( 10 minit)
·         Guru memberikan sedikit penerangan berkenaan topic pembelajaran iaitu cara membuat kipas tangan.
·         Guru memaparkan video tentang beberapa jenis kipas tangan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan corak serta peralatan yang digunakan untuk membuat kipas tangan.
·         Murid memberikan sepenuh perhatian terhadap tayangan vedio.

o   Terdapat sesi soal jawab berkaiatan video yang di tayangkan antara murid dan guru.
(akan berlaku komunikasi dua hala)
Langkah 2 : (10 minit)

Aras 1
·         Guru meminta semua murid menumpukan sepenuh perhatian,mendengar dan melihat dengan teliti cara-cara yang ditunjukkan oleh guru.
·         Guru menerangkan dahulu langkah-langkah untuk membuat kipas tangan sambil menunjukkan demo kepada murid.

o   Murid memberikan perhatian.
Langkah 3 : (20 minit)

Aras 2
·         Guru meminta semua murid membuat kipas tangan dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dibawa oleh murid.
·         Guru turut membuat kipas tangan bersama mereka serta menyebut langkah demi langkah supaya dapat membimbing murid-murid membuat kipas tangan tersebut.
·         Guru membantu pelajar yang masih keliru dan tidak faham langkah yang di terangkan.
o   Murid membuat kipas tangan dengan teliti dan kemas.
o   Terlihat idea kreatif setiap murid.
Langkah 4 : (5 minit)
Aras 3
·         Guru meminta murid menyiapkan kipas tangan dengan menghias kipas tangan tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

o   Idea dan kreativiti murid terselah dengan terhasilnya kipas tangan yang pelbagai jenis dan corak yang menarik.
Penilaian ; (5minit)
Aras 4
·         Guru memuji semua hasil kipas tangan murid yang kemas dan cantik.
·         Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid-murid seperti :
1) Guru bertanya murid "Adakah kamu seronok membuat hasil kerja tadi?".
 2.)Murid diminta oleh guru memberitahu kegunaan kipas tangan.
 3.)Guru bertanya lagi, "Siapa yang ingin kamu berikan kipas tangan ini?".
·         Guru membuat rumusan pembelajaran untuk topic itu.
o   Murid seronok dan berpuas hati dengan hasil kipas tangan yang mereka hasilkan dengan usaha dan idea tersendiri.
REFLEKSI :
Setiap pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan akan berjaya sekiranya guru bijak memainkan peranan untuk menarik minat pelajar untuk membuat aktiviti yang disediakan tanpa mereka merasa cepat bosan dan ponteng minda.
Penggunaan vedio dalam proses pembelajaran dapat menghidupkan suasana kerana generasi muda masa kini sememmangnya lebih tertarik dengan teknologi.

Saturday, 30 March 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dan menerusi 3 fasa :

  1. Fasa pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, dimana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka.
  2. Fasa kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.
  3. Fasa ketiga pula bermula dari tahun 2020 hingga tahun 2025 iaitu kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan.

11 Anjakan Dalam Mentransformasikan Sistem adalah :

  1. Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
  2. Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  3. Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
  4. Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
  5. Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di Tempatkan Setiap Sekolah.
  6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan.
  7. Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia.
  8. Mentransformasi Kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampaian Kementerian.
  9. Bekerjasama dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.
  10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
  11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.

Pendekatan Kurikulum ( Major Learning Teorise )

Konsep Teori


“* Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar 
  pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan
“*Teori juga merupakan satu rumusan daripada 
  pengetahuan sedia ada yang memberi panduan 
  untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan 
  maklumat baru.
*“ Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini 
  boleh diklasifikasikan kepada tiga yang utama iaitu
  behavior learning, cognitive-developmental learning, dan
  humanistic learning.


Behavior Learning
Teori behavioral ini di asaskan oleh Ivan Pavlou dan di kembangkan oleh Thorndike dan Skinner yang berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan tingkah laku.
Beberapa perkara dalam teori ini adalah :
  • belajar dengan melakukan dan pemerhatian 
  • tetulang sangat penting dalam pembelajaran
  • latihan memberi ruang dalam meningkatkan pelajaran
  • ada ruang mase untuk mengingat
  • dalam pelajaran haruslah ada ganjaran dan denda
  • pembelajaran haruslah ikut step by step
  • kena ada objektif
Cognitive - Developmental
Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Menurut teori ini, manusia memeliki sturuktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran berlaku otak akan menyusun segala maklumat dalam ingatan.

Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep disjuntif pula merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang lain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep  mempunyai hubungan khas antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan suasana pembelajaran.

 Selain itu, Bruner juga menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan secara efektif, dengan kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap perkembangan manapun. Dalam hal ini Bruner telah membedakan perkembangan menjadi tiga tahap. Ketiga-tiga tahap itu adalah:

(1) tahap informasi: tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau
pengalaman baru;
(2) tahap transformasi: tahap memahami, mencerna dan menganalisis
pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-hal yang lain, dan
 (3) tahap evaluasi: untuk mengetahui apaha hasil tranformasi pada tahap
kedua tadi benar atau tidak.

Bruner mempermasalahkan seberapa banyak informasi itu diperlukan agar dapat ditransformasikan . Perlu diketahui, tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada empat tema pendidikan yang perlu diperhatikan iaitu:

a) mengemukakan pentingnya arti struktur pengetahuan,
b) kesiapan (readiness) siswa untuk belajar,
c) nilai intuisi dalam proses pendidikan dengan intuisi,
d) motivasi atau keinginan untuk belajar.siswa, dan guru untuk
memotivasinya

Humanistic Learning

Teori belajar Humanistik memandang bahwa:
-   Fokus utamanya adalah hasil pendidikan yang bersifat afektif, belajar tentang cara- cara belajar dan meningkatkan kreativitas dan semua potensi peserta didik.
-   Hasil belajarnya adalah kemampuan peserta didik mengambil tanggung jawab dalam menentukan apa yang dipelajari dan menjadi individu yang mampu mengarahkan diri sendiri dan mandiri.
-   Pentingnya pendekatan pendidikan di bidang seni dan hasrat ingin tahu.
-   Pendekatan humanistik kurang menekankan pada kurikulum standar, perencanaan pembelajaran, ujian, sertifikasi pendidik dan kewajiban hadir di sekolah.
-   Pendekatan humanistik mengkombinasikan metode pembelajaran individual dan kelompok. Pendidik memiliki status kesetaraan dengan peserta didik.
-   Pendekatan humanistik memelihara kebebasan peserta didik untuk tumbuh dan melindungi peserta didik dari tekanan keluarga dan masyarakat.
-   Penggunaan pendekatan humanistik dalam pendidikan akan memungkinkan peserta didik menjadi individu yang beraktualisasi diri.

PRINSIP-PRINSIP BELAJAR
1. Swa arah
Prinsip swa arah menyatakan bahwa sekolah hendaknya memberikan kesempatan bagi peserta didik untuk memutuskan bahan belajar yang ingin dipelajari.
2. Belajar tentang cara-cara belajar
Sekolah hendaknya menghasilkan anak-anak yang secara terus menerus menumbuhkan keinginannya untuk belajar dan mengetahui cara-cara belajar.
3. Evaluasi diri
Evaluasi yang dilakukan sekolah atau pendidik yang diakhiri dengan kenaikan kelas dan kelulusan dipandang sebagai tindakan yang mengganggu aktivitas belajar peserta didik. Instrumen evaluasi yang diwujudkan dalam bentuk tes dipandang tidak relevan dengan pendekatan humanistik.
4. Pentingnya perasaan
Pendekatan humanistik tidak membedakan domain kognitif dan afektif dalam belajar. Kedua domain itu merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan.
5. Bebas dari ancaman
Belajar akan jadi lebih mudah, lebih bermakna dan lebih diperkuat apabila belajar itu terjadi dalam suasana yang bebas dari ancaman.


Friday, 22 March 2013

Analisis FPK dengan rujukan kepada pelbagai cabang falsafah.
Analisis FPK yang merujuk kepada elemen-elemen yang terkandung pula adalah:-
Elemen-elemen FPK
Implikasi
Pendidikan suatu usaha berterusan
§ Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni,
§ Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat,
§ Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun,
§ Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan,
§ Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka,
§ Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.
Perkembangan potensi individu
§ Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat dan potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam,
§ Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling,
§ Pendidikan seharusny memberi peluang individu unbtuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka.
Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu
§ Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain,
§ Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Insan yang seimbang dan harmonis
§ Amat penting bagi individu memiliki ilmu(intelek), sahsiah yang baik(emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik(jasmani)
§ Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain,
§ Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.
Unsur intelek
§ Mempunyai kemahiran asa 3M: membaca, menulis dan mengira,
§ Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar,
§ Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif,
§ Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran(menyebarluaskan ilmu)
Unsur rohani
§ Menyedari dan percaya kepada Tuhan,
§ Bersyukur dengan pemberian Tuhan,
§ Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.
Unsur emosi
§ Mempunyai emosi yang matang dan stabil,
§ Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang,
§ Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.
Unsur jasmani
§ Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal,
§ Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial,
§ Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
§ Mengakui tentang kewujudan Tuhan,
§ Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam,
§ Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan,
§ Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya,
§ Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
§ Cintai ilmu pengetahuan
§ Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca,
§ Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka
Rakyat Malaysia yang berketerampilan
§ Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri,
§ Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan semprna,
§ Berpandangan jaun dan berinisiatif,
§ Memupuk pembawaan diri yang baik
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
§ Mempunyai perwatakan diri yang baik,
§ Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
§ Boleh dipercayai
§ Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik
§ Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap,
§ Mematuhi peraturan dan undang-undang negara,
§ Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyrakat, agama, bangsa dan negara.
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
§ Berfikiran waras dan berjiwa tenang,
§ Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyrakat dan negara
§ Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya,
§ Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan,
§ Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara,
§ Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara,
§ Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.
Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
§ Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi,
§ Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup
Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
§ Menjadikan Rukunegara sebagai amalan hidup,
§ Memupuk kesefahaman keluarga,
§ Mematuhi norma masyarakat,
§ Cintakan negara.